Semenjak 1998 | paklahfriedchicken@yahoo.com | + 6012 627 2032

SELAMAT DATANG

Pak Lah Barokah Enterprise telah ditubuhkan secara rasminya pada 11 Oktober 2012 dengan menggunakan jenama Pak Lah™. Walaubagaimanapun, syarikat mula berkecimpung di dalam bidang penyediaan makanan tradisional Islam semenjak tahun 1998. Bermula dengan perkhidmatan katering dan seterusnya berkembang dengan penjualan makanan di Pasar Malam serta tempahan bagi Majlis Perkahwinan. Selepas itu, syarikat tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengorak langkah dengan menguruskan Kedai Jualan bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan seterusnya menerusi kejayaan pembinaan kilang pemprosesan makanan.

Berdasarkan pengalaman berurusan dengan pelbagai agensi dan juga pihak swasta, adalah didapati terdapat satu permintaan yang tinggi bagi makanan yang sedap, mudah dan cepat – yang merupakan asas kepada penubuhan Syarikat ini. Bertitik – tolak daripada asas tersebut, Syarikat te lah mengenalpasti produk yang berpotensi – tepung goreng serbaguna dan pes makanan segera dan bermula dari situ, produk keluaran Pak Lah mula mencipta nama dan memasuki pasaran.

Pada masa kini, syarikat telah berjaya mendaftarkan hak milik intelek Pak Lah™ dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).Bagi memenuhi keperluan pensijilan berkaitan Industri Makanan dan Minuman, Pak Lah™ telah berjaya mendapatkan Sijil Makanan Sihat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan juga pensijilan Halal. Syarikat ini mendapat persijilan MARDI yang telah membuktikan bahan-bahan asas yg digunakan dari bahan kimikal, pewarna tiruan dan pemilikan 100 % bumiputra.

Produk tepung goreng serbaguna primium menggunakan hasil kajian pihak universiti yang pernah memenangi 3 medal emas pertandingan inovasi hasil tempatan peringkat dunia 2012 di German. Selain itu, tepung goreng serbaguna primiun ini pernah tercalon untuk pertandingan inovasi peringkat dunia (MITF) di Filipina pada tahun 2015.

Dengan pencapaian yang dikecapi, Pak Lah Barokah Enterprise telah menukar nama syarikat kepada Pak Lah Food Industries (M) Sdn Bhd pada tahun 2017 untuk melebarkan perniagaannya di peringkat lebih meluas. Pada tahun 2017, Pak Lah Food Industries (M) Sdn Bhd telah memperolehi sijil HACCP untuk kategori E-Processing 3 (Produk dengan jangka hayat yang panjang pada suhu tertentu) MS 1480 : 2007 Certification No. : HAC 00225

LATAR PEMILIK

ABDULLAH BIN SALEHHODDIN atau dikenali sebagai Pak Lah memulakan peniagaan di pasar malam bermula 16 March 1999. Mula berkembang secara agresif pada awal tahun 2013 dari seorang peniaga pasar malam, kini mula mengeluarkan produk sendiri. Sambutan daripada pelanggan tetap semakin baik. Pak Lah telah membuat keputusan untuk terus mengukuhkan jenama Pak Lah di seluruh semenanjung Malaysia sebagai pengilang produk melayu Islam terbesar di Malaysia.

Pertengahan 2014 Pak Lah talah membina kilang baru yang lebih besar, membeli mesin pengeluaran tambahan bagi menampung permintaan yang semakin bertambah. Perniagaan ini telah menggunakan jenama Pak Lah di pasaran. Aktiviti utama syarikat adalah pengeluaran, pengedaran produk tepung goreng serbaguna, ayam goreng berempah dan memproses rumpai laut menjadi tepung(powder). Kini telah memasarkan produk di kedai-kedai runcit, pasar malam, kedai jualan dan telah menembusi pasaran luar negara di Singapura.

KEPAKARAN SYARIKAT

1. Menyediakan perkhidmatan katering dan perundingan Majlis yang mampu memenuhi citarasa pelanggan.
2. Sentiasa memberi perhatian dan bersedia memenuhi keperluan pelanggan serta berkomitmen untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
3. Sentiasa berusaha untuk menaiktaraf dan meningkatkan kualiti produk untuk mematuhi standard pensijilan keselamatan dan kebersihan.
4. Sedia menerima tempahan dan menyediakan perkhidmatan kontrak pembungkusan (OEM).
5. Sedia memberikan panduan kepada usahawan yang berminat dalam industri makanan dan minuman.

MISI, VISI & MOTTO

Misi kami adalah menjadi pakar, dalam bidang penyediaan makanan bergoreng dan pemprosesan makanan bermasak Islam dan menjadi pembekal, yang beretika, berdaya saing, profesional setta berlandaskan prinsip-prinsip islam.

Visi kami membantu suri-suri rumah tanga menjana pendapatan lumayan.

Moto kami Sentiasa memenuhi kehendak pelanggan kerana keperluan pelanggan sentiasa berubah.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Pada masa kini, syarikat telah berjaya mendaftarkan hak milik intelek Pak Lah™ dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).Bagi memenuhi keperluan pensijilan berkaitan Industri Makanan dan Minuman, Pak Lah™ telah berjaya mendapatkan Sijil Makanan Sihat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan juga pensijilan Halal. Syarikat ini mendapat persijilan MARDI yang telah membuktikan bahan-bahan asas yg digunakan dari bahan kimikal, pewarna tiruan dan pemilikan 100 % bumiputra.

Scroll to Top